| AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIK ! Sangat Setia of Fya Pelangi | +Follow | Dashboard |
HOME TUTORIAL & FREEBIES NOVEL ORDER


Tips Cinta Remaja

salam setia ;

mak aihh. berhabuknya blog Sangat Setia ni kan ? bilek aku lagi semat dan kemas kot. komen pun, dah tak sebanyak dulu. kadang, bila bukak dashboard, kosong komen. huhu. abis lha blog aku camni, kan ? tapi, apakan daya, aku busy. nak update blog pun, takde masa. ehem. busy lha sangat. err. betul lha busy ! busy makan -_-"

kita sebagai manusia, takkan lari daripada fitrah yang akan menyintai, menyukai seseorang yang lain. samada dalam diam mahupun diketahui. kan ? maka, adakah anda sedang menyukai seseorang ?


tips nak kenal pasti perasaan tersebut versi Fya Pelangi
1 ) kita akan berasa gugup apabila berhadapan atau berbual dengannya.
2 ) sering bertanya keadaan orang yang kita sukai itu kerana mahukan kepastian bagaimanakah keadaan orang yang kita sukai itu.
3 ) rasa tidak mahu berpisah dengan orang tersebut meskipun hanya dalam mesej.
4 ) selalu melebihkan orang itu dalam apa jua situasi.
5 ) seringkali bercakap tentang orang itu kepada orang lain.
6 ) akan rasa tidak boleh terima jika orang yang kita sukai itu mempunyai orang lain yang lebih penting dari kita. namun, kita juga akan beralah selepas itu semata - mata nak lihat orang yang kita sukai itu bahagia disamping orang yang disukainya.
7 ) setia menunggu kehadiran orang itu walaupun dalam jarak jauh. . .

maka, anda di mana ? adakah anda sedang menyukai seseorang ? adakah anda sedang merelekan hati kepada seseorang ? adakah anda sedang terpaksa menyuakai seseorang ?

psst : nak gi beli buku ICT ni. RM60. ade sesape nak belanja ?

peace ^.^

Viruses Have Been Detected !

salam setia ;

alhamdulillah. dapat jugak lha kan buat entry setelah sekian lame blog fya berhabuk sakan kan. yeah ! hari ni, fya nak cerita pasal virus. camne nak detect virus ? ade lha sikit tips ni.


nak tahu bagaimana ? ce tekan video ni satt.



bhaha. amacam ? yeah ! fya berjaya menyebarkan wabak video atas ini kepada rakan taulan di sini. haha. bangga tak terkata. plus, handset fya yang meletakkan lagu ini sebagai ringtone mesej. sejak - sejak ni pulak, handset tersebut kerap pulak berbunyi kan. #bangga. maka, bertambah tersebar virusnya ;DD

sambil jalan kaki nak pergi kelas, nak balik kolej kediaman, malah sementara nak tunggu lectrer, kami mendendangkannya terlebih dahulu. akan ter miming di mulut mereka. wahhh. bangga tak terkata :P

aah. fya memang sangat menyukainya ;DD best jugak bila kita share apa yang kita suka dengan kawan - kawan. tapi, pada hakikatnya, memang video ni best kan. hehe.

uit. ape lagi ? komen jangan tak komen !

peace ^.^

Tutorial : Copy Cats !

salam setia ;

wahh. lama jugak kann aku tak mengupdate blog. -_-" adakah sebab sibuk ? huu. entah lha. perasaan tu macam lesap. bhaha. #bajet.

yelah. malas nak cakap panjang lebar. actually aku nak bagi korang semua ' tutorial '. so, sila baca sampai habis. kalau tak, rugi. :DD


bhaha. sekali lagi membajet. -_-" actually, aku nak meluahkan rasa tak puas hati terhadap bloggers masa kini yang terlalu mengejar populariti dan trafik dengan cara yang salah.

maksudnya ?

anda menciplak idea blogger lain. especially, tutorial. aku sebagai blogger picisan pun ade perasaan kot. korang ciplak tutorial orang lain, lepas tu, buat - buat macam sendiri punya. fuyyooo ! terer gilak ! padahal, korang mencuri idea tersebut daripada blogger lain.

macam aku lha kan #bangga. aku memang suka online gak kadang tu. sebab nak carik bahan assignment, dan sebagainya lha kann. sambil tu, aku blogwalking even aku tak tinggal jejak or komen pun. lepas tu, jumpa lha bermacam - macam tutorial. yang bestnya, tak kredit pun tutorial tu. pergh ! sedapnya kau makan trafik !

waii. pernah terfikir tak ? apa yang korang rasa bila korang pulak yang terkena macam tu ? kesian lha wei. orang laen punya tutorial, nak copy pun, kredit lha sikit wei. tuan tu, punya lha belajar coding - coding blog ni, yang si copy cats, sedap dok telan. burrrpp !

macam aku, tutorial aku, memang aku buat lha wei. kalau bukan aku yang buat, aku da siap kredit da. so, aku taw mane aku punya, mane orang punya. tup tup. aku blogwalking sementara nak masuk kelas, zassss. tutorial aku ade orang amik weii. bhaha. ' bangga ' !! saje lha kann, kot ade kredit. wahaha. takde pon ! siot ! ngan orang komen, like segala bagai entry tu. pergh ! marbeles doeee !

aku bukan mengharap nama lha kann. just, mende tu, idea aku. so, aku ade hak lha kann ?

then, aku nak nasihatkan kepada bloggers jugak lhaa. jangan dok eksaited mengopy tutorial and dok bangga tutorial tu, korang punya. okey ? peliz lhaaa.

peace ^.^

Universiti Sains Islam Malaysia.

salam setia ;


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
  • Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)
Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.


klik sini : USIM

peace ^.^

Blog Usang ? Oh NO ! Mati Syahid ?

salam setia ;

OOO EMM GEE. agak berhabuk ea blog ni. blog sape lha ni ehh ? #tak nak mengaku pulek -_-" haha. rasanya, kemasukan baru ijazah sarjana muda, semua U da abis orientasi tak silap. yang last, hari ni kot. kot lha. ape macam korang ? kalau tanya fya, pergh ! agak terseksa. rasa macam zaman form one dulu. tatkala menjadi junior sekolah -_-"

ternyata, kehidupan di universiti sangat berbeza dengan life aku yang hanya pelajar matrikulasi biasa je kann. then, agak terkezut dengan jumlah student yang sangat ramai. padahal, kat sekolah dulu, batch aku hanya 100++ dan masa matrik. lagi lha sikit. pelajar matrik KMKN 10/11 hanya 225 tak silap. tetiba masuk sini, mak aiii. sendat ! cam sarden !


fuhhh. camne lha nak meneruskan pengajian ni ehh ? bila mengadu kat sape sape, orang akan cakap, " alahhhh. baru baru, memang cenggitu ". ye dak ? tetiba rasa da susahnya nak belajar, kann ? tapi, tahukah anda ! anda sedang berjihad ! tetiba, kalau meninggal, da mati syahid. lagipun nanti kat akhirat, Allah tanya. kann ?

just nak bagi semangat kat semua mahasiswa / siswi. termasuk diriku sendiri. DO NOT GIVE UP ! katakanlah, tak suka dengan apa yang korang dapat sekarang, ketahuilah ! Allah da berikan yang terbaik ! yakinilah dengan ketentuanNya ! jangan merungut !

pssst : soey kalau tak jejak korang semula. dan jangan lupa join segmen Aku MAHU Readers Setia ! banyak hadiah maa :)

pelik ke entry ni ? idak kann ? :DD

like tau :)

peace ^.^

Update | Jumlah Pemenang Segmen Telah Dipertimbangkan !

salam setia ;

amacam life ngan dunia blog korang ehh ? saje tanya #poyo. baiklah. tanpa melangahkan masa, fya nak umumkan jumlah pemenang segmen adalah :

13 orang !

* tekan untuk tumbesaran *

 and sesaper yang sudi menjadi sponsor, adalah amat dialukan :)

maka, fya rasa, peluang tu, cerah kott :)

nak join, klik sini

peace ^.^

ShareThis