assalamualaikum ;

aku dan kau diibaratkan kereta api yang hanya menuruti landasan. kita berdua berbeza kerana kita adalah kereta api yang berbeza. lansung tak sama ! aku dan kau mempunyai matlamat yang sama. cuma mungkin, landasan kita yang tidak serupa. pertemuan kita lansung tidak dijangka. hanya masa yang membawa kita. tanpa diduga, kita bertemu jua pada landasan yang sama. lantas, kita menuruti landasan itu bersama, gembira ! hanya dalam sekelip mata, tautan kasih yang utuh tercipta tatkala melalui landasan itu bersama. perasaan ingin beriringan selalu dalam satu kereta api yang sama juga kian menebal, menusuk kalbu. terasa bagaikan hanya buaian mimpi. tetapi, itu adalah realiti ! semakin gembira lagi hati ini. alunan kasih itu disusun rapi, cermat ! akhirnya, aku dan kau menuruti lorong landasan yang serupa. aku sangat yakin bahawa landasan itu adalah tertulis milik kita. dan, sedang aku enak menuruti kereta apimu itu, aku dihentikan kamu. aku terkedu. aku diminta berpisah dari bersama dengan kereta apimu. kamu pinta aku untuk beralih dan memilih lorong landasan lain supaya tidak bersama denganmu lagi. walaupun keperitan itu aku rasai, namun aku pasrah. kerana aku tahu, kamu perlu untuk kembali kepada landasan asalmu dengan matlamat yang kamu impikan dahulu. biarlah masa yang menentukan semua itu. dan aku juga berharap, semoga suatu saat nanti, aku bisa berjumpa denganmu di lorong landasan yang terakhir supaya aku boleh menuruti landasan kereta api itu denganmu sehingga penghujungnya. . .














2 Comment[s]:
errr.. ^^
nice. :)
Post a Comment